China, Jerman Terus Perkasa Kerjasama

2019-09-10 14:24:18  CRI
Share with:

China dan Jerman berpuas hati dengan hasil lawatan Canselor Angela Merkel ke China baru-baru ini. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata China bersedia bersama-sama Jerman mengadakan dialog secara sama rata dan menjalankan kerjasama yang saling menguntungkan selaku rakan kongsi strategik, demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

Hua memaklumkan, tiga konsensus penting telah dicapai dalam lawatan Merkel, iaitu kedua-dua pihak komited melindungi multilateralisme dan perdagangan bebas, mempertahankan keinklusifan dalam meningkatkan tahap keterbukaan pasaran, di samping memperkasakan kerjasama menang-menang. 

Kedua-dua negara akan meningkatkan kerjasama melibatkan kenderaan tenaga baharu, industri pembuatan pintar, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan 5G.

徐国玮