Strategi "Amerika Diutamakan" Jejaskan Dunia

2019-09-10 14:21:31  CRI
Share with:

Strategi "Amerika diutamakan" yang diamalkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) serta amalan unilateral dan perang perdagangan yang dicetuskan terhadap negara lain, membelakangi order antarabangsa dan mengundang bahaya kepada semua.

Pandangan itu disuarakan Pengerusi Lembaga Penyelarasan Pelaburan Indonesia, Thomas Trikasih Lembong ketika diwawancara baru-baru ini.
 
Beliau beranggapan, tindakan AS menambah faktor ketidakpastian kepada masyarakat antarabangsa dan membawa risiko kemerosotan kepada ekonomi global.

Katanya, sesetengah kalangan di AS tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan berkaitan perdagangan. Beliau berharap AS dan China dapat bersabar dan mematuhi peraturan antarabangsa bagi mengelakkan pergeseran daripada meruncing lagi.

徐国玮