ASEAN Sedia Tingkat Hubungan dengan China

2019-09-10 15:29:28  CRI
Share with:

Mesyuarat menteri-menteri ekonomi dan perdagangan ASEAN dan China (10+1) ke-18 diadakan di Bangkok, Thailand hari ini. 

ASEAN menegaskan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China.

Menurut kenyataan bersama mesyuarat itu, kedua-dua pihak memuji kemajuan dalam pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) serta hasil usaha liberalisasi perdagangan barangan.

Para menteri negara-negara ASEAN turut memberi penghargaan atas usaha China dalam meningkatkan tahap kesalinghubungan dan integrasi blok berkenaan melalui pelbagai projek berkaitan kewangan, pengangkutan dan prasarana.

徐国玮