Seminar Pembangunan China, Komuniti Berkongsi Nasib

2019-09-11 16:58:06  CRI
Share with:

Seminar mengenai Pembangunan China dan Prospek Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN dirasmikan di Sekretariat ASEAN, Jakarta semalam.

Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian menyatakan, China dan negara-negara ASEAN saling menghormati, dan bantu-membantu dalam isu yang menjadi keperihatinan masing-masing, selain merungkai perbezaan pendapat melalui rundingan. Kedua-dua pihak juga bersama-sama menetapkan tatatertib di Laut China Selatan demi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau, malah seluruh dunia.

Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Michael Tene dan Duta Filipina ke ASEAN, Noel M. Novicio masing-masing berkata, China sentiasa menghormati dan menyokong kedudukan ASEAN dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib. Perkongsian strategik kedua-dua pihak terus-menerus dinaiktarafkan, sementara kerjasama dan persahabatan kian rapat.

Seminar kali ini dipercayai dapat menyumbang kepada Sidang Kemuncak China-ASEAN yang dijadualkan awal November.

胡星