China Destinasi Pelaburan Berdaya Tarikan

2019-09-11 14:30:01  CRI
Share with:

China ternyata sebuah destinasi pelaburan asing yang berdaya tarikan, apabila jumlah penanaman modal asing di negara ini meningkat lagi pada tahun lepas biarpun situasi global kekal suram.

Kini, Pameran Pelaburan dan Perdagangan 2019 sedang berlangsung di Xiamen. Jumlah modal asing dalam kontrak yang diikat semasa pameran pelaburan pertanian Jalur dan Laluan sahaja telah mencatat USD29.5 bilion.

Laporan Perdagangan Dunia yang disiarkan sempena pameran tersebut menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) sejagat susut 13% pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, namun kemasukan modal asing ke China meningkat 4%.


Pasaran berskala raksasa, rantai industri yang lengkap, sumber manusia yang berlimpahan, serta infrastruktur dan rangkaian logistik yang kukuh, antara faktor yang menyumbang kepada daya tarikan pasaran China. Ini disokong kesungguhan untuk memperluas keterbukaan dan kemampuan untuk mencipta iklim perniagaan yang baik, dalam konteks suasana luaran tidak menentu.

Walaupun pergeseran perdagangan yang dicetuskan Amerika Syarikat mengundang faktor ketidakpastian kepada ekonomi global dan menghambat aliran modal rentas sempadan di seluruh dunia, namun kelebihan yang ada pada iklim perniagaan China menjadikan negara ini pilihan pelabur sejagat.

覃淼