Dialog Usahawan China, AS di Beijing

2019-09-11 14:16:36  CRI
Share with:

Dialog Usahawan China dan Amerika Syarikat (AS) diadakan di Beijing semalam.

Pengarah Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE), Zeng Peiyan ketika berucap pada majlis perasmian berkata, pergeseran perdagangan yang terus meruncing kebelakangan ini telah membawa impak kepada kedua-dua negara bahkan dunia. Tindakan AS yang terus bermain percaturan tarif dan melakukan pembulian tidak dapat menyelesaikan masalah.

Beliau menyatakan pembangunan China tidak akan dikekang melalui langkah-langkah ekonomi dan politik.

Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Urusan Antarabangsa Dewan Perniagaan AS, Myron Brilliant pula berkata, tiada pemenang dalam perang dagang. Rundingan kedua-dua negara diharap mencapai kemajuan dengan secepat mungkin.

 

高蕾