Presiden CMG Temu Pegawai Reuters, AP

2019-09-11 14:22:43  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong bertemu dengan Presiden Reuters, Michael Friedenberg dan wakil Associated Press (AP) yang berada di Beijing untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Televisyen Jalan Sutera 2019 semalam.

Dalam pertemuan dengan Friedenberg, Shen menyatakan bahawa ketulenan, keobjektifan dan tidak berat sebelah merupakan prinsip asas bagi media. CMG bersedia meningkatkan kerjasama dengan Reuters dalam pertukaran berita, perkongsian maklumat kewangan dan liputan peristiwa-peristiwa penting.

Friedenberg pula menyatakan, Rueters amat mementingkan pasaran China dan berharap dapat bekerjasama dengan CMG dalam segenap aspek liputan dan perkhidmatan kewangan.

Semasa bertemu dengan wakil AP, Shen berkata, CMG akan terus meningkatkan kerjasama dan interaksi dengan AP supaya saling melengkapi dan mewujudkan situasi menang-menang.

胡星