Naib PM China Temu CEO City Group

2019-09-11 14:15:33  CRI
Share with:
Kalangan industri dan perniagaan Amerika Syarikat (AS) diharap memainkan peranan aktif untuk mengembangkan hubungan dan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala secara mampan.

Naib Perdana Menteri China, Liu He berkata demikian ketika bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) City Group,
Michael Corbat semalam.

Menurut beliau, China menentang perang dagang kerana ia tidak sejajar dengan kepentingan kedua-dua negara bahkan dunia. Ekonomi China dan AS saling melengkapi dan bersangkut paut antara satu sama lain.

Corbat pula berkata, pihaknya yang sentiasa menyokong globalisasi ekonomi dan perdagangan bebas, mengutamakan pasaran China serta menanti-nantikan kemajuan dan persepakatan dicapai dalam rundingan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.
高蕾