Hentilah Campur Tangan Isu Hong Kong

2019-09-12 14:43:08  CRI
Share with:

Politikus Amerika Syarikat (AS) dinasihati supaya berhenti menyokong penggunaan kekerasan oleh pemprotes melampau di Hong Kong.

Jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam satu taklimat media semalam menggesa politikus berkenaan agar jangan lagi mencampuri urusan domestik China.

Terdahulu, beberapa ahli Kongres AS mengemukakan usul untuk menggantung penjualan peralatan kegunaan penguatkuasaan undang-undang kepada Hong Kong.

Hua berkata, ada pihak di AS mengagung-agungkan kekerasan sebagai perjuangan demi hak asasi dan kebebasan. Mereka ini menyifatkan pula penguatkuasaan undang-undang oleh polis sebagai kekerasan yang melampau.

Ini mencerminkan kejahilan mereka terhadap sejarah dan realiti Hong Kong, serta sikap yang terang-terangan mencemuh hasrat penduduk tempatan yang mahu kekerasan dihentikan dan order sosial dipulihkan.

胡星