Situasi di Afghanistan Meruncing

2019-09-12 15:03:12  CRI
Share with:

Situasi di Afghanistan semakin meruncing setelah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan untuk membatalkan rundingan sulit dengan kumpulan Taliban. 

Susulan keputusan menggantung rundingan, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan, pihaknya akan terus mengenakan tekanan terhadap Taliban, di samping memberikan sokongan kepada tentera kerajaan Afghanistan. 

Taliban mengkiritik Trump kerana memungkiri janjinya dan mengugut akan mengorbankan lebih banyak nyawa warga AS.

Sempena ulang tahun ke-18 serangan keganasan "11 September" semalam, kawasan di sekitar kedutaan AS dan bangunan Kementerian Pertahanan Afghanistan dibedil serangan roket. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Selain itu, pegawai kerajaan Afghanistan menyatakan, pertempuran antara pihaknya dengan Taliban di beberapa bandar di utara menjadi lebih sengit. 
 

徐国玮