Kerjasama Dagang China, Indonesia Berpotensi

2019-09-12 15:04:39  CRI
Share with:

Jumlah perdagangan dan pelaburan China terhadap Indonesia meningkat ketara sejak Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) disarankan, hingga menjadikan China sumber modal asing terbesar negara itu.

Pengerusi Lembaga Penyelarasan Pelaburan Indonesia, Thomas Trikasih Lembong memaklumkan, setakat ini, lebih seribu syarikat China telah menanam modal di Indonesia. 

Beliau percaya kerjasama perdagangan dan pelaburan bilateral antara kedua-dua negara berpotensi besar.

Katanya, kerajaan Indonesia perlu menjamin kestabilan serta keberterusan undang-undang dan peraturan berkenaan, di samping meningkatkan taraf pengurusan agar lebih saintifik, profesional dan efisien.

徐国玮