Xi Temu Ketua Eksekutif Makau

2019-09-12 14:37:49  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Ho Iat Seng yang baru dipilih sebagai Ketua Eksekutif ke-5 Wilayah Pentabiran Khas Makau.

Dalam pertemuan di Beijing petang semalam, Xi menyatakan penghargaan kepada kerajaan Makau yang menyatupadukan pelbagai lapisan masyarakatnya, serta menjunjung Perlembangan dan Undang-undang Asas.

Ekonomi tempatan berkembang pesat, taraf hidup penduduk terus dibaiki dan wujudnya kestabilan dan keharmonian masyarakat, pencapaian yang menjadikan Makau teladan dalam pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem".

Ho Iat Seng pula berkata, beliau akan memelihara kewibawaan Perlembagaan dan Undang-undang Asas serta hubungan baik kerajaan tempatan dengan kerajaan pusat. Usaha juga akan dilakukan untuk menjamin kedaulatan negara serta kepentingan keselamatan dan pembangunan.

胡星