Kerja Pembinaan HSR Segmen Chongqing Lancar

2019-09-12 11:53:05  CRI
Share with:

Kerja-kerja pembinaan segmen Chongqing landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Zhengzhou-Wanzhou dilaporkan berjalan lancar.

Segmen tersebut merupakan laluan HSR pertama yang dibina merentasi pergunungan, dengan lebih 90% daripadanya jambatan dan terowong.

Berdepan bentuk bumi yang rumit, pelbagai kesukaran dari segi teknikal terpaksa diatasi satu demi satu, menjadikan segmen Chongqing itu pelopor dalam teknologi pembangunan landasan HSR di kawasan pergunungan.

Segmen Chongqing landasan Zhengzhou-Wanzhou yang sepanjang 184 kilometer, komponen penting dalam jaringan landasan HSR China dan dijangka beroperasi pada 2022.

覃淼