Aktiviti kebudayaan besar-besaran yang bertema “Bertemu China 2019: Sambutan Ulang Tahun ke-70 Penubuhan Republik Rakyat China” telah diadakan di lapangan Persekutuan Berne, Switzerland semalam.
Sebanyak lebih 4,000 orang penduduk tempatan, serta pelajar, sarjana, perantau China dan orang keturunan Cina telah menyertai aktiviti tersebut.
Lebih 40 buah pentas disediakan untuk mempamerkan kebudayaan tradisional China termasuk makanan, perubatan tradisional China, seni khat, catur Weiqi, seni guntingan kertas, percubaan memakai pakaian tradisional China dan sebagainya.
Selain itu, persembahan seni silat Wushu China, tarian singa dan naga, permainan alat muzik tradisional China pula diadakan. Yang menariknya, 80% artis yang terlibat ialah warga Switzerland.
Aktiviti bersiri “bertemu China” telah sebanyak 5 kali diadakan di Switzerland sejak 2015 dan menjadi satu acara interaksi kalangan rakyat China-Switzerland yang tradisional di Berne.