Bahagian utara Hami di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dilanda salji pada 12 September lalu. Ketika musim luruh ini, daun pokok pain yang berwarna hijau diliputi salji putih, menyerlahkan satu pemandangan yang sungguh indah dan menarik.
Amerika Syarikat (AS) memilih memveto dalam satu pengundian PBB tentang permohonan Palestin untuk "menganggotai PBB", dan turut mengundang kritikan yang bertubi-tubi dalam media sosial dan menimbulkan rasa kecewa dari pelbagai negara. Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengkritik AS yang menjejaskan usaha memperjuangkan keadilan dan keamanan di rantau Asia Barat.
Ekspo Barang Penggunaan Antarabangsa China (CICPE) yang berlangsung pada 13 hingga 18 April telah menyaksikan penglibatan lebih 4,000 jenama dari 71 buah negara dan kawasan. Baik bilangan syarikat pempamer mahupun jenama yang terlibat dilaporkan menjadi yang terbanyak dalam sejarah temasya itu.
Melawat ke tiga bandar China pada tempoh masa tiga hari, dengan diiringi tiga orang menteri Kabinet, menjadi begitu menonjol dalam jadual lawatan Canselor Jerman, Olaf Scholz di China kali ini yang sudah menarik perhatian media Barat secara menyeluruh.