Anak Osama Ditembak Mati

2019-09-16 11:38:06  CRI
Share with:
Anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden sudah ditembak mati dalam satu operasi yang dilancarkan AS di Afghanistan dan Pakistan.
 
Perkara itu disahkan Presiden Donald Trump dalam satu kenyataan pada 14 September. 

Trump berkata, kematian Hamza bin Laden memberi pukulan kepada pucuk pimpinan Al-Qaeda dan kemampuan mereka.

Hamza yang menganggotai Al-Qaeda pada Ogos 2015, pernah mengarahkan pengikutnya melancarkan serangan di ibu kota negara-negara Barat sebagai balasan atas kematian bapanya.

AS menyenaraikan Hamza sebagai pengganas pada awal 2017.
梁靓