Jumlah kargo yang diangkut melalui kawasan empangan Tiga Gaung Sungai Yangtze sejak awal tahun ini telah melebihi 100 juta tan.
Statistik terkini pihak berkuasa menunjukkan, kawasan empangan Tiga Gaung beroperasi lebih 350 hari dalam tempoh setahun. Pada hari-hari kebelakangan ini, kawasan tersebut sibuk dengan aktiviti perkapalan.