Xi Tekankan Keselamatan Siber

2019-09-16 14:01:30  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping menekankan pentingnya keselamatan ruang siber, sempena Minggu Keselamatan Siber yang bermula hari ini.

Beliau menyatakan aktiviti tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemampuan rakyat dalam menjamin keselamatan siber. 

Katanya, kerja-kerja berkenaan adalah untuk melindungi keselamatan maklumat peribadi serta hak dan kepentingan netizen. 

Untuk itu, perlunya mengekalkan persekitaran terbuka dan meningkatkan kerjasama antarabangsa hingga membina ruang siber yang selamat.

Minggu Keselamatan Siber diadakan di China setiap tahun sejak 2014. Aktiviti tahun ini memfokuskan peranan rakyat, dengan atur cara seperti Ekspo Keselamatan Siber dan Forum Kemuncak Teknologi Keselamatan Siber.
张弘