Persidangan ke-16 Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) diadakan di Vienna Isnin lalu.
Naib Pengerusi Lembaga Tenaga Atom China (CAEA), Zhang Jianhua mengetuai delegasi China ke sesi itu.
Dalam ucapan pada perdebatan umum, Zhang menyatakan industri tenaga nuklear China mengekalkan momentum perkembangan pesat. Kini, terdapat 47 unit penjana kuasa nuklear yang beroperasi di serata negara.
China yang mengutamakan keselamatan nuklear, mempunyai rekod baik dalam pembangunan industri tersebut.
Beliau menyeru para anggota IAEA bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesama insan melibatkan tenaga nuklear berprinsipkan kerjasama saling untung.