Sesi Ke-74 UNGA Buka Tirai

2019-09-18 12:56:48  CRI
Share with:

Sesi ke-74 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) membuka tirai di New York semalam, dengan tema yang memfokuskan usaha padu berkaitan pembasmian kemiskinan, pendidikan berkualiti dan tindakan bagi menangani perubahan iklim.

Presiden sesi, Tijjani Muhammad-Bande menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan dan Sekretariat PBB untuk lebih mengutamakan kerja-kerja mencegah konflik sebelum meletus.

Perhatian juga akan diberi kepada sasaran kelaparan sifar, keinklusifan dan celik huruf ke arah merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan. 

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pula menekankan perlunya meyakinkan rakyat sedunia bahawa multilateralisme mampu memberi penyelesaian sebenar kepada cabaran-cabaran bersifat global. 

Sesi ke-74 UNGA turut mengatur acara berprofil tinggi seperti sidang kemuncak mengenai iklim dan mesyuarat peringkat tinggi berkaitan liputan kesihatan universal.
 

梁靓