China, Rusia Sasar Ganda Dagangan

2019-09-18 12:37:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125007089_15687418147741n

China dan Rusia bersetuju memperkukuh kerjasama melibatkan perdagangan, tenaga dan bidang-bidang lain, menyasarkan jumlah dagangan digandakan.

Persetujuan dicapai semasa pertemuan berkala ke-24 antara ketua kerajaan di St. Petersburg petang semalam.

Perdana Menteri Li Keqiang menyatakan China bersedia meningkatkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEU), mengekalkan momentum pertumbuhan perdagangan serta mempermudah perdagangan dan pelaburan.

Katanya, dalam situasi semasa, hubungan yang sihat dan stabil bukan sahaja bermanfaat bagi kedua-dua pihak malah menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia. 

Kerjasama China dan Rusia berkaitan bidang-bidang tradisional seperti tenaga telah mencapai kemajuan baharu, sementara muncul titik pertumbuhan baharu dalam e-dagang rentas sempadan, inovasi teknologi dan lain-lain. 

Beliau turut menyarankan sinergi dalam sains dan inovasi, kewangan, pertanian serta pertukaran sosiobudaya dipertingkat.

Perdana Menteri Dmitri Medvedev pula menyatakan hubungan dengan China diutamakan dalam dasar luar Rusia, sesuai dengan keperluan pembangunan diri. 

Kedua-dua pihak bekerjasama rapat di pentas antarabangsa, dan mahu peraturan multilateral dipatuhi sementara sekatan sepihak ditentang.

Rusia bersedia meningkatkan komunikasi strategik dan kerjasama pragmatik dengan China.

Li dan Medvedev telah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian kerjasama melibatkan pelaburan, perdagangan, pertanian, tenaga nuklear, aeroangkasa, sains dan teknologi serta ekonomi digital.

张弘