Kerjasama Pragmatik Suntik Penggerak Baharu

2019-09-19 14:59:29  CRI
Share with:

China dan Rusia telah merancang hala tuju kerjasama dengan lebih sepuluh perjanjian dimeterai, yang dipercayai akan membuka lembaran baharu kerjasama pragmatik sekali gus menyuntik penggerak baharu kepada perkembangan hubungan pada era baharu ini.

Perdana Menteri Li Keqiang membuat lawatan rasmi tiga hari ke Rusia bermula 16 September, bertepatan dengan ulang tahun ke-70 ikatan diplomatik.

Selepas 70 tahun, hubungan China dan Rusia berada pada titik permulaan baharu. Kesungguhan kedua-dua pihak untuk memperkukuh kesalingpercayaan strategik, memperluas kepentingan bersama, mempertingkat persefahaman di kalangan rakyat dan mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan PBB, membolehkan sinergi maju dengan lebih dinamik. 

Pertemuan Li dan rakan sejawatnya, Dimitry Medvedev di St. Petersburg membawa kepada persetujuan untuk memperluas kerjasama pragmatik, menyasarkan jumlah dagangan bilateral digandakan hingga mencecah USD200 bilion menjelang 2024. 

Perjanjian kerjasama yang diikat, baik dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, pertanian mahupun tenaga nuklear, aeroangkasa dan ekonomi digital, mencerminkan usaha sama pragmatik pada fasa seterusnya akan lebih komprehensif.

Melalui usaha bersama, kelebihan China dari segi industri, modal dan pasaran dijangka lebih saling hubung dengan kelebihan sumber, teknologi dan tenaga profesional yang dimiliki Rusia. Ini akan melahirkan momentum baharu bagi pembangunan sosioekonomi dua negara.

 

张哲