Gates: China Tunjuk Teladan Terbaik

2019-09-19 14:14:11  CRI
Share with:
China menunjukkan teladan terbaik dalam banyak aspek, termasuk usaha meningkatkan taraf kesihatan dan pendidikan serta menyelesaikan ketaksamaan masyarakat.

Pengerusi bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, Bill Gates menyatakan China telah menetapkan sasaran pembasmian kemiskinan tegar menjelang 2020. Pihaknya sedang melaksanakan projek-projek yang berkaitan bagi menyokong perjuangan China.

Katanya, Yayasan Gates dan China mengadakan kerjasama dalam banyak bidang misalnya kesihatan, kewangan digital dan pertanian. Skop kerjasama makin luas berbanding masa dahulu.

Yayasan Gates dan China juga bersama-sama membantu negara-negara miskin melalui mekanisme kerjasama pihak ketiga.
张弘