China, AS Sambung Runding

2019-09-19 14:13:18  CRI
Share with:
Naib Menteri Kewangan China, Liao Min semalam mengetuai delegasi ke AS untuk membincangkan isu ekonomi dan perdagangan, sebagai persiapan bagi  pusingan ke-13 rundingan peringkat tinggi di Washington bulan depan.

Kira-kira setengah bulan lalu, China mengecualikan tarif tambahan terhadap 16 jenis produk dari AS, yang dibalas dengan penangguhan tarif baharu oleh Washington.

Baru-baru ini, syarikat China mula menunjukkan minat untuk membeli produk pertanian AS.

AS diharap merebut peluang ini untuk merungkai masalah dengan ikhlas, yang bukan sahaja bermanfaat bagi dua pihak malah seluruh dunia.
 
张弘