LMC Jana Industri Kopi Myanmar

2019-09-19 13:03:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1澜湄合作 “缅甸咖啡增产项目”中期调研会在缅甸彬乌伦举行.JPG

图片默认标题_fororder_2 位于彬乌伦的“缅甸咖啡研究中心”有一个“咖啡博物馆”.JPG

图片默认标题_fororder_4 中缅两国官员、专家在咖啡种植园内讨论、交流.JPG

Output kopi di Myanmar meningkat ketara selepas program berkenaan di bawah mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) diperkenalkan pada 2017.

Program penambahbaikan pengeluaran dan kualiti kopi itu antara 10 projek yang paling awal dilancarkan China dan Myanmar dengan sokongan dana khas LMC. Dana tersebut juga membantu pihak Myanmar menaiktarafkan teknologi dan melatih pengusaha.   

Setakat ini, lebih 11 ribu pengusaha kopi telah mengikuti kursus latihan dan didedahkan kepada teknologi maju berkaitan pembiakan dan penanaman kopi.

Pengarah Jabatan Kopi dan Tanaman Bermusim, Kementerian Pertanian Myanmar, Myint Swe berkata kopi keluaran negaranya amat popular di AS, Eropah dan Jepun. Myanmar mengeksport kira-kira 10 ribu tan kopi setiap tahun. Angka ini akan terus meningkat dan turut menambah pendapatan para pengusaha.
梁靓