China Penyumbang Perjuangan Wanita Dunia

2019-09-20 10:55:44  CRI
Share with:

Dewan Negara semalam menyiarkan kertas putih mengenai perjuangan berkaitan wanita sepanjang 70 tahun lepas.

Dokumen itu menyebut, sejak Republik Rakyat China ditubuhkan 70 tahun lalu, status kaum wanita telah mengalami perubahan yang luar biasa besar. 

Wanita menikmati hak demokratik mengikut undang-undang, terlibat dalam pembangunan sosioekonomi serta mengecap hasil pembaharuan dan pembangunan secara sama rata. 

Status mereka semakin meningkat, begitu juga peluang untuk terlibat dalam masyarakat serta merasa bahagia dan selamat.

Kaum wanita telah menjadi kekuatan penting dalam menggalakkan kemajuan sosial China. 

Peningkatan status wanita turut memperlihatkan sosioekonomi, hak asasi manusia dan peradaban semakin maju. 

China yang telah melangkah ke era baharu pembangunan, akan terus melindungi dan menambah baik kesejahteraan kaum wanita.

China juga akan terus menggalakkan kesamaan jantina sedunia bagi menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

张弘