China Sokong Rundingan Damai Myanmar

2019-09-20 14:46:34  CRI
Share with:

China menyokong proses perdamaian di Myanmar, dan sentiasa menyarankan dan menggalakkan semua pihak yang terlibat menangani perbezaan pendapat melalui dialog dan rundingan. 

Dalam taklimat media semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata semua pihak diharap dapat terus mengekalkan momentum rundingan damai, memperkukuh konsensus dan menghimpun rasa saling percaya bagi membawa kemajuan kepada proses berkenaan.

Mereka juga diharap menahan diri  sebaik mungkin bagi menjaga kedamaian dan kestabilan di utara Myanmar serta kawasan sempadan dengan China.

China akan terus memainkan peranan konstruktif dalam proses perdamaian Myanmar.

Baru-baru ini, Pusat  Permuafakatan dan Keamanan Nasional (NPRC) mengadakan rundingan damai dengan empat puak di utara iaitu Pertubuhan Kemerdekaan Kachin (KIO), Tentera Pembebasan Bangsa Taang (TNLA), Tentera Pakatan Demokratik Kebangsaan (MNDAA) dan Tentera Arakan (AA).

Beberapa persepakatan berjaya dicapai antara kedua-dua pihak.
 

张弘