Kemboja Lancar App Pelancongan

2019-09-23 11:21:53  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_963774bc-a438-417e-9290-69baf0ed1f76


Aplikasi pelancongan mudah alih pertama tajaan kerajaan Kemboja, Cambodia Tourist Assist (CTA) akan dilancarkan pada bulan depan.

Timbalan Menteri Pelancongan Kemboja, Sokrethya Sok memaklumkan bahawa aplikasi tersebut menyediakan maklumat tentang laluan pelancongan, lalu lintas, tempat peranginan, penginapan dan makan minum dalam enam bahasa. 

Jika berlaku kecemasan, pengguna CTA juga boleh terus menghubungi jabatan kerajaan yang berkaitan dengan menekan butang SOS pada paparan aplikasi.
 
Sektor pelancongan telah menjadi salah satu tunjang ekonomi di Kemboja. Pada tahun lepas, sebanyak 6.2 juta pelancong asing melawat ke negara itu. Industri pelancongan menyumbang 12.7% bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). China menjadi negara sumber pelancong asing terbesar bagi Kemboja dengan catatan kira-kira 2 juta melawat negara itu tahun lalu.

张宪