Perbarisan Tentera Pamer Hasil Pembaharuan

2019-09-26 15:01:50  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_9c10f32b-f5e1-4e92-b80b-50d9edb57602
 

Perbarisan tentera secara besar-besaran akan diadakan di Lapangan Tian'anmen, Beijing pada 1 Oktober, sempena sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China.

Perbarisan buat pertama kalinya akan disertai Pasukan Pengaman PBB (China), diiringi orkestra tentera yang paling besar dalam sejarah. Perbarisan tahun ini dikatakan akan memperlihatkan pencapaian cemerlang dalam pembaharuan ketenteraan.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_3420bc95-c2e1-4bfa-b09c-419c27066bba

 

Sejak 1990, China telah menyertai misi pengaman di serata dunia atas permintaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kini, China tampil dengan bilangan anggota pasukan pengaman yang paling besar dalam misi PBB. China juga telah menyertai mekanisme siap sedia PBB sejak 2015, dengan pasukan seramai 8,000 anggota. 

Sejak penubuhan Republik Rakyat China, orkestra Tentera Pembebasan Rakyat telah mengiringi acara perbarisan sebanyak 15 kali. Pada tahun ini, orkestra tersebut telah menggubah 65 muzik untuk mencipta kesan berbeza bagi setiap segmen perbarisan.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_6dedb672-c234-4c3a-91b5-7672535c3a63

 

曹捷