Situasi Pekerjaan di China Kekal Stabil

2019-09-27 11:40:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125045423_15695057701611n

Situasi pekerjaan di China kekal stabil untuk jangka panjang. 

Dalam tempoh antara 1949 hingga 2018, jumlah penduduk yang bekerja telah meningkat 3.3 kali ganda daripada 180 juta kepada 780 juta. 

Dalam taklimat media semalam, Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial, Zhang Jinan memaklumkan bahawa situasi tahun ini juga stabil, dan kerajaan yakin mampu mengekalkan trend positif itu.

Data turut menunjukkan, nisbah pekerja di bandar dan pekan di serata negara telah meningkat daripada 8.5% kepada 56% dalam tempoh yang sama. Dalam pada itu, pola pekerjaan di bandar dan luar bandar telah mengalami perubahan bersejarah.       

曹捷