PBB Luluskan Resolusi Hak Pembangunan

2019-09-28 15:36:38  CRI
Share with:

Persidangan Ke-42 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan satu resolusi tentang hak pembangunan yang dikemukakan bersama oleh pergerakan negara-negara berkecuali dan China semalam.

Resolusi itu menegaskan hak pembangunan sebagai satu hak umum dan tidak boleh dilucutkan, amat penting untuk merealisasikan Agenda Pembangunan Mampan 2030. Membasmi kemiskinan merupakan kunci bagi menggalakkan dan merealisasikan hak pembangunan, juga prasyarat untuk mewujudkan pembangunan berterusan. Resolusi itu pula menyeru pelbagai negara mempertahankan multilateralisme, meningkaktan kerjasama antarabangsa, melaksanakan "Pengumuman Hak Pembangunan" secara menyeluruh, mendorong penjalinan hubungan rakan, dan menghapuskan halangan pembangunan bagi merealisasikan hak pembangunan.

Utusan Khas China ke Pejabat PBB di Geneva, Chen Xu berkata, China menyeru semua negara melaksanakan hak pembangunan dengan langkah-langkah praktikal.

胡星