Wang Yi Ucap dalam PBB

2019-09-28 15:34:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1

Ahli Dewan Negera, merangkap Menteri Luar China, Wang Yi menyampaikan ucapan yang bertajuk " China Hari Ini, China di Mata Dunia" dalam perdebatan umum Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-74 di New York semalam.

Wang Yi memberi taklimat tentang pencapaian China dalam tempoh 70 tahun sejak Republik Rakyat China ditubuhkan.

图片默认标题_fororder_2

Katanya, China telah menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi dan kedamaian dunia, di samping merupakan penyumbang kedua terbesar bagi yuran PBB dan kos misi pengaman, dan negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menghantar pasukan pengaman yang terbanyak. Selain itu, kadar sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi dunia sentiasa menduduki tempat teratas buat belasan tahun berturut-turut. Sekarang, China sedang berusaha untuk meningkatkan tahap keterbukaan, yang dilihat pastilah akan membawa peluang baharu kepada dunia.

图片默认标题_fororder_4

Wang Yi pula memperkenalkan konsep diplomasi China, iaitu memegang kepada prinsip berdikari dan sama rata, memelihara keadilan, bersedia berganding bahu dengan pelbagai negara untuk membina komuniti berkongsi nasib umat manusia.

图片默认标题_fororder_5

胡星