Majlis Perayaan Hari Kebangsaan di Beijing

2019-09-29 14:24:22  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125053312_15696795629951n

Majlis Perayaan Hari Kebangsaan Bersama diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Yang berkata, dalam tempoh 70 tahun lalu, Parti Komunis China (PKC) mengetuai rakyat seluruh negara berjaya meniti ranjau duri sehingga mencipta "keajaiban China" yang mengagumkan dunia, dan mempamerkan prospek yang cukup cemerlang bagi usaha pembangkitan bangsa China .

Wang Yang menegaskan, China sama sekali tidak berganjak daripada pelaksanaan panduan "satu negara, dua sistem" setelah Hong Kong dan Makau kembali ke pangkuan tanah air, dan bersungguh-sungguh melaksanakan Perlembagaan serta Undang-undang Asas demi menjaga kedaulatan, keamanan dan pembangunan negara serta kemakmuran dan kestabilan wilayah Hong Kong dan Makau. China akan berkongsi peluang pembangunan tanah besar dengan saudara di Taiwan dan memperluas pertukaran kedua-dua tebing Selat Taiwan, dengan asas politik bersama, iaitu"Konsensus 1992" dan menentang "kemerdekaan Taiwan".

高蕾