Wartawan Asing Kagum Perubahan China

2019-09-29 14:41:09  CRI
Share with:

Satu majlis sambutan anjuran Pusat Penerangan bagi  Aktiviti Perayaan Ulang Tahun ke-70 Republik Rakyat China diadakan semalam. Hampir 500 wartawan dari dalam dan luar negara menyertai majlis itu dan kebanyakan mereka menanti-nantikan pelbagai aktiviti sambutan yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Wartawan Radomirovic Vladimir dari Persatuan Wartawan Serbia menyatakan, perubahan China yang disaksikannya mengingatkan dia tentang tanah air sendiri. Dia amat mengagumi pimpinan Parti Komunis China (PKC).

Wartawan Chuensukjit Kitipat dari PBS Thailand, amat tertarik tentang kelajuan pembangunan bandar di China. Katanya, budaya China pula cukup mengasyikkan.

胡星