Xi Sampaikan Pingat Republik Rakyat China dan Persahabatan serta Gelaran Kehormat

2019-09-29 15:29:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_138433793_15698008100461n

 

图片默认标题_fororder_138433793_15698008101911n

Majlis penyampaian pingat dan gelaran kehormat negara China diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping telah menghadiahkan Pingat Republik Rakyat China, Pingat Persabahatan dan Pingat Kehormat Negara kepada para pemenang dan menyampaikan ucapan penting.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyatakan, para pemenang yang dianugerahi pingat merupakan perwakilan bagi berjuta-juta tokoh unggul yang memberi sumbangan dalam perjuangan PKC dan rakyat China. Jasa dan sumbangan mereka akan kekal tercatat dalam sejarah Republik Rakyat China. 

 

图片默认标题_fororder_138433793_15698008101761n

 

Beliau berharap jawatankuasa PKC dan kerajaan pelbagai peringkat memberikan perhatian dan penjagaan kepada pahlawan dan teladan, bertindak dengan bersungguh-sungguh untuk menyumbang kepada usaha merealisasikan impian kebangkitan nusa dan bangsa.

Para pemenang tersebut termasuk sahabat asing yang sejak sekian lama memberi sumbangan cemerlang dalam menggalakkan pertukaran dan kerjasama China dengan luar.  

曹捷