Pingat, Lambang Persahabatan Rakyat China

2019-09-30 13:59:41  CRI
Share with:

Majlis penganugerahan pingat dan gelaran kehormat negara China diadakan di Dewan Besar Rakyat pagi semalam.

Presiden Xi Jinping telah menyampaikan pingat persahabatan, iaitu penghormatan tertinggi China kepada tokoh asing, kepada enam tokoh "sahabat" termasuk Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand.

Puteri Sirindhorn dalam ucapan bagi pihak enam tokoh tersebut menyatakan China telah mengalami perubahan yang mengagumkan dalam tempoh 70 tahun lalu. Rakyat China bangkit mengatasi pelbagai kesukaran dan berjuang demi kebangkitan nusa dan bangsa.

Dalam temu bual dengan Kumpulan Media China, (CMG), Puteri Sirindhorn menyatakan penghargaan atas pingat yang menjadi lambang persahabatan rakyat China.

胡星