China Teraju Pembinaan Tamadun Ekologi

2019-09-30 13:06:10  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125057424_15697566493411n

Usaha China melindungi ekologi dan alam sekitar telah melakar pencapaian cemerlang dalam tempoh 70 tahun lalu.

Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Li Ganjie semalam berkata, dalam masa tersebut, China aktif mengambil bahagian dalam tadbir urus alam sekitar global dan memperkenalkan Pelan China bagi Melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

China menjadi penyumbang dan peneraju dalam pembangunan tamadun ekolog global.

Pada 2018, kepekatan purata zarah halus PM2.5 di seluruh China susut 41.7% berbanding 2013, antaranya Beijing menyaksikan penurunan 43%.

Dalam 70 tahun lalu, China terus memperkasakan perlindungan dan pemuliharaan alam melalui pelaksanaan beberapa projek mega. Tinjauan mendapati kadar liputan hutan telah meningkat daripada 8% kepada 22.96%.

Berhubung Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), kerajaan China komited kepada pembangunannya secara hijau. Untuk itu, lebih 50 perjanjian telah dimeterai dengan badan-badan perlindungan alam dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, dengan kerjasama membabitkan lebih 130 agensi kerajaan, syarikat dan kumpulan pemikir.

覃淼