Lukisan Tingkat Kesedaran Lindung Alam

2019-09-30 13:58:26  CRI
Share with:

Aktiviti pertukaran seni dan budaya China-Filipina membuka tirai di Muzium Metropolitan Manila malam kelmarin.

Acara bertemakan "keharmonian antara alam dan manusia" itu menyaksikan 10 pelukis terkenal dari China dan Filipina menggunakan karya mereka untuk menyeru perlindungan yang lebih baik terhadap alam sekitar.

Johnamar Salvosa, pelukis dari Filipina menyatakan, karya artistik dapat menonjolkan keindahan alam semula jadi sekali gus membangkitkan kesedaran orang ramai untuk melindungi alam sekitar. Katanya, aktiviti pertukaran seni budaya tersebut telah membantu beliau lebih memahami seni China, khususnya seni kontemporari.

Duta Besar China, Zhao Jianhua, Setiausaha Kewangan Filipina, Carlos Dominguez III bersama-sama lebih 200 seniman, peniaga dan tokoh kewangan menghadiri majlis pembukaan dan mengunjungi pameran lukisan tersebut.

胡星