Xi: Masa Depan China Pasti Akan Lebih Cemerlang

2019-10-01 11:02:28  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping ketika berucap dalam acara sempena sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China (PRC) hari ini berkata, rakyat China sedang mencipta sejarah baharu yang akan menjadikan China lebih cemerlang.
    
Beliau menyeru Parti Komunis China (PKC), tentera dan rakyat  supaya bersatu padu dalam mengukuhkan kestabilan dan pembangunan PRC, serta terus menyumbang kepada matlamat "Dua Seratus Tahun", seterusnya mencapai Impian China ke arah kebangkitan nusa dan bangsa.  
张弘