Majlis Sambutan Tumpuan Tokoh Malaysia

2019-10-02 09:52:23  CRI
Share with:
China telah melakar pencapaian cemerlang dalam 70 tahun lalu, baik dari segi pembinaan infrastruktur mahupun budaya.

Demikian pandangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia, Chang Lih Kang setelah menonton siaran langsung sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China pagi semalam.

Beliau berharap pemimpin China dapat memainkan peranan utama di pentas dunia sebab pengalaman pembangunan China banyak yang boleh dipelajari.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang juga bekas duta ke China, Dato' Abdul Majid Ahmad Khan menyatakan acara perbarisan tentera memperlihatkan kemampuan pertahanan China telah mencapai kemajuan ketara. 

Sarjana Malaysia, Oh Ei Sun yang diundang hadir majlis di Beijing menyifatkan sambutan kali ini batu tanda dalam sejarah, mencerminkan China telah memasuki fasa baharu kebangkitannya.

Beliau berkata falsafah diplomatik China yang menekankan pembangunan dan hidup bersama secara aman disokong kebanyakan negara membangun. Berdasarkan falsafah tersebut, China menyarankan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi membolehkan hasil  pembangunan dikongsi bersama semua. Ini meletakkan asas kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
张弘