Pelancongan Pergiat Interaksi Sesama Negara

2019-10-06 15:33:02  CRI
Share with:
Sektor pelancongan merupakan medium yang berkesan dalam memacu ekonomi dan mempergiat interaksi sesama negara. 

Pengarah Pelancongan China ke Perancis, Yu Jinsong juga memberitahu bahawa kedua-dua negara ialah sumber pelancong serta destinasi pelancongan penting bagi satu sama lain.

Beliau berucap demikian ketika sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China (PRC) di Kedutaan China di Perancis  semalam yang dihadiri lebih 200 tokoh pengusaha pelancongan kedua-dua negara.

Yu menyatakan seiring dengan kerjasama pelancongan dan budaya yang semakin mengukuh mutakhir ini, penerbangan langsung juga bertambah, seterusnya memperlihatkan peningkatan bilangan pelancong kedua-dua negara.

Tahun 2021 telah ditetapkan sebagai Tahun Pelancongan Kebudayaan China-Perancis. Yu berharap peluang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memajukan industri pelancongan kedua-dua negara.

Pada majlis tersebut, dua laporan mengenai pelancongan di dalam negeri serta ke luar negara turut disiarkan bagi memperkenalkan keadaan terbaharu dalam pasaran pelancongan China.
梁靓