Xi Sampai Salam Pesta Chongyang

2019-10-07 14:03:35  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menyampaikan salam kepada warga emas seluruh negara sempena Pesta Chongyang yang jatuh pada hari ini.

Dalam surat balas kepada 30 warga tua yang berkhidmat sebagai sukarelawan di Makau, Xi memberi kata-kata galakan dengan harapan mereka sihat, panjang umur dan hidup bahagia.

Beliau menyatakan mereka yang segenerasi dengan usia negara telah menyaksikan perubahan besar tanah air sepanjang puluhan tahun termasuk pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" di Makau.

Patriotisme generasi dahulu diharap dapat diwarisi generasi muda bagi membekalkan mereka dengan semangat perjuangan supaya aktif mengambil bahagian dalam pembinaan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau serta membangunkan kampung halaman yang lebih indah.

Pesta Chongyang yang juga dipanggil Pesta Warga Emas atau Pesta Shuangjiu (sembilan ganda), disambut pada hari kesembilan bulan kesembilan dalam kalendar tradisional.

Menurut tradisi, keluarga akan meluangkan masa bersama-sama mendaki gunung dan menikmati kuih Chongyang.
 

曹捷