Surat Balas Xi kepada Warga Emas Dapat Sahutan

2019-10-08 13:01:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_1fbd76b4-2a5b-44b0-afd7-206f5fdce28a

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_04cb8a8c-dbb8-4bf1-87d7-25b51e099d95

Surat balas Presiden Xi Jinping kepada 30 warga emas yang berkhidmat sebagai sukarelawan di Makau, mendapat sahutan pelbagai lapisan masyarakat.

Xi dalam surat yang diutus sempena Pesta Chongyang yang jatuh pada 7 Oktober, memberi kata-kata galakan kepada warga emas dengan mogaan mereka sihat, panjang umur dan hidup bahagia.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Fernando Chui Sai On menyatakan pihaknya akan terus menyemarakkan semangat cinta dan hormat terhadap warga emas, menggalakkan golongan tersebut melibatkan diri dalam masyarakat, dan memupuk patriotisme terhadap tanah air China dan kampung halaman Makau.

Bakal Ketua Eksekutif, Ho Iat Seng pula berkata penduduk Makau akan terus mewariskan nilai-nilai teras patriotisme kepada golongan muda, aktif mengambil bahagian dalam pembinaan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau dan terus melakar hasil cemerlang dalam pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem".

覃淼