Laos Sokong Pendirian China mengenai Hong Kong

2019-10-08 14:27:10  CRI
Share with:

Aktiviti merayakan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China (PRC) diadakan oleh Kementerian Keselamatan Awam Laos di Vientiane kelmarin. Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos merangkap Menteri Keselamatan Awam, Vilay Lakhamfong menghadiri aktiviti tersebut.

Vilay menyatakan majlis sambutan di Beijing pada 1 Oktober mencerminkan kedinamikan sosialisme bercirikan China pada era baharu ini. Laos yakin rakyat China mampu merealisasikan impian kebangkitan nusa dan bangsa mereka.

Beliau berkata, Laos sentiasa memerhatikan situasi di Hong Kong, menyokong teguh langkah-langkah yang telah diambil pihak berkuasa untuk memulihkan order sosial, dan menentang campur tangan pihak luar. Laos menanti-nantikan Hong Kong yang kekal tenteram, dan penduduknya dapat terus menikmati hidup yang sentosa dan makmur.

胡星