CMG: Siaran NBA Dihentikan

2019-10-08 17:03:59  CRI
Share with:

Saluran sukan Televisyen Pusat China (CCTV) di bawah Kumpulan Media China (CMG) menghentikan penyiaran acara pertandingan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) Amerika Syarikat bermula hari ini.

Keputusan itu susulan tindakan Presiden NBA, Adam Silver mempertahankan kata-kata tidak sesuai yang dibuat pengurus besar Houston Rockets, Daryl Morey tentang situasi di Hong Kong.

Selain menggantung penyiaran pertandingan pramusim, saluran sukan tersebut juga sedang meneliti semula semua kerjasama dan urusan interaksi membabitkan NBA.

徐国玮