Jangan Salah Tafsir Kebebasan Bersuara

2019-10-09 14:28:32  CRI
Share with:

Selepas pengurus besar Houston Rockets, Daryl Morey gagal memohon maaf atas kata-kata tidak sesuai yang dibuat tentang situasi di Hong Kong, Presiden Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) Amerika Syarikat, Adam Silver pula tampil dengan kenyataan yang mempertahankan ujarannya itu.

"Kebebasan untuk Morey menyuarakan pendapatnya" dijadikan alasan. Padahal, mereka ini yang berselindung di sebalik perisai "kebebasan bersuara" sengaja menyalahtafsirkan konsep tersebut.

Kata-kata Morey tidak menghormati kedaulatan negara dan maruah bangsa China. Silver pula tidak menunjukkan sikap yang sama rata, sebaliknya menyebelahi kenyataan yang melukakan hati rakyat China.

Silver sekali lagi diingatkan supaya menyedari bahawa rakyat China tidak akan berkompromi dalam isu kedaulatan negara.

Morey dan Silver mesti membetulkan kesalahan dan memohon maaf dengan ikhlas kepada peminat bola keranjang di China.

覃淼