Kerajaan HK Ikrar Hentikan Kekerasan

2019-10-09 13:30:56  CRI
Share with:

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong berikrar untuk menghentikan kekerasan yang semakin menjadi-jadi dan memberikan sokongan kepada industri yang telah terjejas.

Ketua Eksekutif, Carrie Lam semalam menyatakan, kelakuan perusuh yang merosakkan kemudahan di pusat beli-belah dan stesen MTR pada hujung minggu lalu, menjejaskan kehidupan harian penduduk awam.

Sektor jualan runcit, katering, pelancongan dan perhotelan yang paling teruk terkena impak, menjejaskan seramai 600,000 pekerja.

Pakej sokongan akan dilancarkan untuk meringankan beban pengusaha dari segi sewa dan bayaran, di samping membaiki situasi pekerjaan penduduk tempatan.

Menyentuh larangan pemakaian topeng muka yang berkuat kuasa pada 5 Oktober, Carrie Lam menyatakan bahawa setiap dasar atau peraturan baharu perlu dilaksanakan untuk suatu tempoh sebelum dapat dilihat keberkesanannya. Pada masa ini, kerajaan masih memantau kesan pelaksanaan larangan tersebut.

覃淼