China Mahu Perkukuh Hubungan dengan Pakistan

2019-10-09 13:27:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125080389_15705477657101n

Perdana Menteri China, Li Keqiang semalam mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan yang sedang dalam rangka lawatan ke China.

Li menyatakan China sentiasa mengutamakan hubungan dengan Pakistan dan komited melonjakkan hubungan dua hala ke satu tahap lebih tinggi. China menyokong usaha Paksitan melindungi kepentingan serta kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara.

Katanya, China akan terus memperkukuh penyelarasan strategi pembangunan dengan Pakistan, menggalakkan pembangunan koridor ekonomi dua negara, selain mempergiat kerjasama termasuk dalam prasarana, ekonomi, perdagangan, kewangan dan kapasiti pengeluaran.

Imran Khan pula berkata, ekonomi Pakistan kini semakin pulih dengan bantuan dan sokongan China. Pihaknya mahu mempercepat pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau berkata, Pakistan mengutamakan pembinaan koridor ekonomi dan pelabuhan Gwadar, mahu memperluas skala perdagangan dan pelaburan dengan China serta merancakkan kerjasama dalam pelbagai bidang demi kemajuan baharu dalam hubungan dua hala.

Selepas pertemuan, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama melibatkan pembinaan prasarana, penguatkuasaan undang-undang serta budaya, pendidikan dan media.
 

覃淼