Lagi Campur Tangan dalam Urusan China

2019-10-09 14:40:04  CRI
Share with:

Tindakan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Jabatan Keselamatan Awam Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan lapan syarikat China sebagai entiti yang dikenakan kawalan eksport, mengundang bantahan keras pihak China.

Jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang semalam menyatakan, tindakan tersebut mencabuli norma asas hubungan antarabangsa, mencampuri urusan dalaman China dan menjejaskan kepentingan negara ini. 

Geng Shuang menekankan, inisiatif yang diambil pihak berkuasa Xinjiang bertujuan memerangi keganasan dan ekstremisme hingga ke akar umbi. Ini selaras dengan undang-undang China dan kelaziman antarabangsa.

Inisiatif berkenaan mendapat sokongan 25 juta penduduk Xinjiang yang berbilang etnik, juga telah menyumbang kepada perjuangan sedunia untuk membanteras keganasan.

徐国玮