Daya Saing China Nampak Kemajuan

2019-10-09 13:53:41  CRI
Share with:


China berada di tangga ke-28 dalam ranking komprehensif sejagat, menurut edisi terkini Laporan Daya Saing Global yang disusun Forum Ekonomi Dunia.

Laporan tersebut menilai produktiviti dan pertumbuhan jangka panjang 141 entiti ekonomi.

China kekal di anak tangga yang sama dengan tahun lepas, namun dengan markah keseluruhan yang meningkat 1.3 mata. Baik dari segi skala pasaran, kestabilan ekonomi makro, kemampuan inovasi, penggunaan teknologi maklumat mahupun infrastruktur, China mendahului negara-negara lain di dunia.

Ranking tahun ini meletakkan Singapura di tempat pertama, manakala Amerika Syarikat (AS) turun ke tempat kedua.

张宪